Sunday, November 25, 2012

SIFAT ANAK SULONG......
1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.


2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya ta
k berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.




6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.




10) PAKAIAN


Semua nak kemas.





rujukan : diri sendiri berdasarkan pembacaan :)

Sunday, October 21, 2012

atas permintaan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama tidak menulis di blog disebabkan oleh mood berblog yang semakin berkurangan..

Tapi disebabkan oleh seseorang request untuk menulis so, tulis la kan?..

So hari ini, penulis nak kongsi berkenaan dengan menyambung pelajaran..okay kan..

Semua orang mempunyai cita-cita untuk berjaya dalam belajar..tak kira la dalam bidang apa pun, sains ke, agama ke, sastera ke..semua ada cita-cita itu kan?..




Bagi saya yang sedang menyambung pelajaran di peringkat sarjana(master) memang rasa puas juga la bila dah belajar bertahun-tahun, jadi bagi yang baru SPM tapi dah menggatal tak nak sambung belajar memang meruapakan satu kerugian. Usia muda sepatutnya dihabiskan dengan cara yang bermanfaat kerana muda hanya sekali dan ianya akan ditanya oleh Allah di akhirant nanti bagaimana kita menghabiskan kemudaan itu.




Bagi yang sedang belajar pula, belajarlah bersungguh-sungguh..betulkan niat kita belajar..bukan untuk dapatkan kerja ke apa ke..tapi kerana Allah dan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.. Kerja tu insyaAllah ada asalkan kita rajin untuk mencarinya....

That's all for today.. have a nice day readers!

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama da tak tgk2 blog sendiri ni, asik baca blog orang lain je..

tiada apa untuk diupdate, just want to wish :


ahlan ya ramadhan..

marilah sama2 kita mengambil barakah sempena bulan yang mulia ini~..

shah alam

Sunday, January 1, 2012


terbaca di facebook pagi ni...

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
Ulasan : yup..ni mmg betul la kn, sbb tu wujudnya frasa 'aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agamamu, maka hilanglah cintaku padamu~'
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
U : yezza..sbb klo luaran sahaja ia tidak kekal, sbb yg dalaman kekal ke akhir hayat.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
U : yg ni xtau nk ulasan cmne..ad sape2 nk tlg?

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
U : penegasan, pandai JAGA n bukan pandai PAMER =)

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
U : yg ni ssh la kn nk jpe~

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
U : klo kereta yg eklslusif cam bugati veyron tu pun bkn senang nk tgk ni plak org yg satu2ny didunia

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
U : YG NI PUN LUM FHM LG..HAHA

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
U : if women meant to be loved, men is to be understood~

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
U : =)
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1iAfLu5go