Wednesday, March 16, 2011

Ibarat rama-rama..


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)  
source : iluvislam
p/s : kadang kala harga itu tidak dapat diukur dengan wang ringgit bukan sebab mahalnya tetapi kerana nilainya..

Saturday, March 12, 2011

Engkau Yang Ku Cinta

Assalamualaikum n peace be upon on u..

mlm minggu cmni, dgn kelapangan masa yg ada aku pun jalan2 kat utube cr lagu2 arwah achik SPIN..lgu2 dy mmg legend la..dr aku sekolah menengah spai la skarg..dulu masa sekolah rendah satu kelas hafal lagu2 dye..pye la hebat..haha...sebenarny br terjumpa satu lgu dy yg best..lagu untuk awek/isteri*jaoh lg ni.. yg asek2 rse curiga kat kasih sayang seorang lelaki..ni lirik dy...

Sering kau tanyakan cintaku dimana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan cintaku dimana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati.. kecilku…

Read more: credit
http://zackzukhairi.blogspot.com/
p/s: ini entry jiwang..haha...

Saturday, March 5, 2011

pengalaman ke alam dewasa

Assalamualaikum n peace be upon on u..

Bile aku dh bosan2 wat keje kuliah mula la p blog walking..sb terbac satu entry yg best dr saudara zack (link)..so aku pn try la menyimbau kenangan time berkhatan kot2 ad lg tersimpan dlm otak ni kn. sebenarnya berkhatan or bersunat ni dapat dinyatakan seperti berikut:

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

bagi bdak2 lelaki ni time yg ideal utk bersunat adalah time skolah rendah..asal ad je cuti pnjg masing2 akan tye bile nk bersunat. time tu ad la sorg kwan aku ni menjadi lelaki pertama yg bersunat..time darjah 3/4 klo x salah la..mmg bdak2 lain respek la, but ad gak yg wat kepala giler g kaco dy kat situ so berdarah spai nangis2 mmbr aku tu..hehe..nk wat cmne kn..mne pon budak2..

turn aq plak spai time drjh 5..time tu dh tak heran sbb rmai yg dh bersunat..lg pn mak aku sruh wat serentak ngan adek aku yg drjh 3 time tu. Ayah aku ckp pas sunat ni nnti boleh kawen..tp kpala bdak2 mne la tau pape so lyn je la kn..

jd hr yg dinantikan tiba..tgk rmai gak bdak2 yg sebaya aku dok tgu giliran masok ke bilik sejut tu..tak kurg juga yg menangis n macam2 lg...tup2..sampai giliran aq..dgn CUAK aku pun melangkah masuk..mak ak stay utk tgu adek aku la kn..lgpn abg kne la brani br leh ex dpn adek.hehe..

jumpe dr dy sruh baring atas katil..smpt gak aq tgk peralatan yg bakal digunakan..fuh..seram..tp xde la kuar peluh disebabkan bilik yg maha sejuk tu..pastu assistant dr tu smbg2 la ngan aku, sementara nk cocok bius..keletang..tang..tang..ok..siap..

balik rumah, kesan bius hilang, mmg mengalir air mate la mcm org br putus cinta..haha..seminggu gak dok kat umah, terbaring je..tp yg bestny nk ap sume spai dpn mate..hehe..lpas cuti sekolah abes jpe kawan2 leh tarik muka matang sbb dh bersunat..haha..
tgk usop santorian b4 adny astro
thats all..