Saturday, April 23, 2011

Islam dilihat pada Pemudanya

Assalamualaikum n peace be upon on u..

Lame jgk tak updated blog ni sbb xde topic yg best utk ditulis, n tuan rumah pun sibuk ngan dy pye thesis..jd smlm hr jumaat yg penuh barokah aku p la solat jumaat kat IPPBM (xtau sila google). Khutbah dy mmg menarik, kisah bagaimana Islam tu dibangunkan dengan kekuatan pemudanya. Khatib membawakan contoh perang mu'tah yang diketuai oleh Khalid Al-Walid yg berjaya membawa kemenangan Islam dalam menawan semula Palestin. Beliau turut digelar sebagai saifullah yg membawa makna pedang Allah. Walaupun berakhir dengan pemecatan beliau oleh Saidina Umar semasa kemuncak peperangan, hal ini tidak sedikit pun melunturkan semangat jihad dalam dirinya. Subhanallah.


Khutbah ini sedikit sebanyak menyentuh tentang peri pentingnya pemuda dalam memartabatkan Islam. Berbalik kepada realiti semasa, kita dapat melihat betapa pemuda-pemuda ini termasuklah aku sendiri dijauhkan dari agama dengan pelbagai propaganda sekarang. Khatib smlm membawa contoh tentang kebanjiran peminat semasa konsert Justin yg dihadiri lebih 17 000 orang..sumber. Pastinya pemuda adalah yg paling ramai menghadiri program-program sebegini. Amat menyedihkan bila kita memikirkan bagaimana Islam akan diletakkan di bahu mereka nanti.


Penyelesaiannya kita perlu balik semula kepada Islam bagi membentuk jati diri yang mantap. Nak menyalahkan mana-mana pihak pun tak boleh kerana semua memainkan peranan dalam membentuk pemuda bermula dari kepimpinan yang tertinggi sehinggalah kepada pembentukan institusi keluarga, rakan sebaya dan persekitaran. Andai dalam diri setiap pemuda Islam itu mempunyai kesedaran dan semangat untuk memperjuangkan Islam pasti dan pasti akan gerun musuh-musuh Islam untuk melakukan pencerobohan ke atas masyarakat Islam.


habis bab khutbah jumaat, jadi petangnya dihabiskan dengan bermain futsal bersama-sama kawan-kawan tahun akhir yang bakal bergraduasi tak lama lagi. Badan sihat otak pun cerdaskan..hehe..
where the memories remains

1 comment:

  1. Topik yang menarik.. Ingatlah wahai pemuda,anda adalah tunggak kepada agama.. Ingatlah juga wahai pemudi,anda adalah tulang belakang kepada pemuda.. Sama2 perlu berganding bahu demi memartabatkan Islam sebagai agama yg a'la..

    ReplyDelete